Saturday, April 21, 2012

Menggilap Cahaya Ilmu.

'Anggota tujuh, hari pun tujuh , neraka tujuh pula. Sebab anggota yang tujuh mengerjakan yang haram dalam hari yang tujuh nanti dimasukkan dalam neraka yang tujuh. Akan memerdekakan diri dari neraka yang tujuh ialah berkekalan kita menyebut kalimah yang tujuh ia itu

shadah3

LA ILAHA IL LALLAH MUHAMMADAR RASUL LULLAH,

artinya berkekalan dan berkepanjangan bertuhan atau memperhambakan diri kepada Allah dan berkepanjangan pula kita mengikut zahir dan batin kepada nabi Muhammad SAW.

Kata Arrifin Billah.

DSC00152

Bolehkah kita mengubah persepsi dan sikap ,seterusnya menambah cahaya ilmu dalam perjalanan kehidupan daripada yang kosong kepada kehidupan yang lebih bermakna?  Wahai anak cucuku carilah jalan penyelesaiannya.

Menurut kata setengah orang Arif, pejalanan hidup ini bukan bemula dari kelahiran kita bahkan telah bermula lebih awal dan selepas itu kita merentasi beberapa alam. Tidak boleh tidak kita perlu memahami perkara perkara yang tersebut jika kita mahu berkekalan memperhambakan diri kepada Allah dan berkepanjangan ingat hati kita kepada Allah.

Untuk itu kita cuba memahami  apa yang dikatakan dinding  untuk merentasi jalan yang penuh liku dalam memahami erti hidup ini.

Setelah ditanya apakah dinding dinding yang selalu menutupi cahaya ilmu, rupanya sudah dilakunkan oleh Datuk Nenek kita  dan diajar kepada kita, namun masih liat lagi untuk dijadikan amalan harian.Dinding pertama yang gelap lagi menggelapkan ialah kalau manusia itu berkekalan bernajis besar dan bernajis kecil serta berkekalan pula berhadas besar dan berhadas kecil.

Supaya terbuka dinding pertama ini elok benar kita sama sama berkekalan suci hadas besar, hadas kecil , suci pula pakaian dan tempat kediaman daripada najis besar dan najis kecil.

Bagaimana yang dikatakan suci dalam erti kata sebenarnya?

Ini kita sama sama memahaminya sedikit sedikit lama lama berbukitlah fahaman kita. Mengetahui dngan ilmu, beramal dengan yakin.

Ini semua ramai yang sudah maklum dan lebih elok menyelesaikan perkara yang selama ini dianggap remeh tetapi ia dikatakan satu dari beberapa dinding antara kita dengan Tuhan.

Dinding kedua pula kalau anggota yang tujuh berkekalan mengerjakan yang haram. Ini boleh kita teliti bersama. Untuk membuka dinding kedua ini , anggota yang tujuh iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan faraj perlu berkekalan menghentikan dosa haram sebaliknya mengerjakan yang wajib dan sunat sebagaimana tersebut dalam hukum hukum fiqah yang maklum.

Dinding ketiga kalau hati manusia berkekalan bersifat dengan sifat yang dicela syarak maka terdinding lah antara manusia dengan Allah. Maka untuk membuka dinding ketiga ini hendaklah dibuang sifat kecelaan yang didalam hati kita dengan ilmu dan amal. Setengah daripada sifat yang dicela syarak terlekat dihati kita iaitu hawa, nafsu, dunia syaitan, jahil, lalai, munafiq, kafir, hasad, riak, ujub, samaah, panjang angan angan, loba tamak dan lain lainnya.

Sesudah dibuang sifat yang dicela syarak yang tertanam dalam hati maka ditanamkan pula kedalam hati sifat sifat yang dipuji syarak setengah daripadanya iaitu iman, islam, tauhid, makrifah, sabar, tawaka, redha, taslim, khusuk, tadaruk, pengasih, penyantun,penyayang, rendah hati, tinggi cita cita, qanaah, berani dan lain lain.

Dinding yang keempat antara hamba dengan tuhan iaitu kalau hati kita itu lalai kepada lain Allah atau lalai kepada makhluk. Untuk membuka dinding yang keempat ini ialah dibuangkan dalam hati segala yang lain dari Allah-dengan lain perkataan yang ada tetap dalam hati kita ialah zikir  yang berkepanjangan.

Demikian sedikit sentuhan yang dapat dipesan kepada anak cucu selagi boleh berbuat demikian. Cari carilah sendiri pengkhususannya dan     Insya’ Allah kalau diizinkan dapat menyambung lagi…

Friday, April 13, 2012

Rahmat Dengar dan Lihat

image

Dunia Serangga mempunyai dimensinya sendiri. Penghuni nya dicipta di alam maya ini mempunyai tugas masing masing. Semuanya untuk manusia melihat, mengkaji dan berfikir. Kesemuanya memberi pengajaran dan pedoman betapa sesetengah serangga memang bekerja khas untuk keselesaan manusia. Misalnya makanan sibur-sibur atau pepatung termasuk nyamuk yang sentiasa menunggu mencari peluang menghisap darah kita. Lebah pula menghasilkan madu untuk makanan kita.

Dikatakan sibur-sibur boleh terbang selaju 60 kilometer sejam bagi jarak dekat. Ada burung burung yang tidak boleh terbang selaju ini. Bagaikan sebuah helikopter sibur sibur menyusur ditepi-tepi sungai mencari makan.

Dua pasang kepaknya yang bergemerlapan dapat memusingkan dirinya kekanan, kekiri, naik keatas dan turun kebawah. Kekipas inilah satu kenyataan wujudnya angin yang membawanya kemana maunya. Dan bersyukurlah kita dapat pedoman daripada serangga ini bagi penghasilan helikopter atau lain lain hasil tadbir untuk kita. Betapa kah baik budi penciptaNya untuk kita nikmati. Tidak ada kehabisannya kalau ditinjau telek pengjaran lain yang boleh menjadi pedoman umat sejagat. dan sesungguhnya ia satu kenyataan hakiki bagi Allah yang maha Agong.

Allahummasaliala Muhammad..

صلاتك تغفر بها ذنوبنا ، وتشرح بها صدورنا ، وتطهر بها قلوبنا وتروح بها أرواحنا وتقدس بها أسرارنا ، وتنزه بها خواطرنا وأفكارنا ، وتصفي بها كدورات ما في أسرارنا وتشفي بها أمراضنا ، وتفتح بها أقفال قلوبنا .

Selawat di atasmu dapat mengampunkan dosa kami, melapangkan dada kami, mensucikan hati kami, menggembirakan roh kami, mentakdiskan rahsia kami, mensucikan akal dan fikiran kami, membersihkan kekeruhan yang tersirat di dada kami, menyembuhkan penyakit kami, membuka hati kami yang tertutup.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب .

Tuhan kami, janganlah Engkau paling hati kami setelah diberi hidayah dan kurniailah kami rahmat-Mu. Sesunguhnya Engkau Maha Memberi

وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين .

آمين … آمين … آمين

Thursday, March 29, 2012

Pesanan kepada anak cucu zaman berzaman.

Di petik khas dari penulisan hamba Allah yang banyak memberi inspirasi . Semoga memberi manfaat kepada keluarga.
IMG_0122
Nikmat kehidupan dunia ini di kurniakan Allah buat sementara waktu sahaja dan ia merupakan satu peratus daripad nikmat kelazatan akhirat jua kerana Allah Taala mencadangkan sembilan puluh sembilan peratus lagi nikmat kelazatan di akhirat untuk orang orang bertaqwa kepada Allah dan yang beramal soleh dimasa hidup didunia..
Oleh itu tak sayugialah bagi orang mukmin yang berakal memilih kehidupan dunia ini sebagai tujuan hakiki.
Kesedapan hidup didunia ini adalah penipuan dan permainan yang olok olok, laksana kanak kanak bermain olok olok dengan tempurung dan debu debu pasir dibuat masakan kuih kuih untuk memberi kepuasan dan kesukaan hati yang sementara pada hal ia adalah palsu dan semata mata penipuan jua dan bukan hakiki. Usah terpedaya dan bebal kerana " Tiadalah kehidupan didunia ini melainkan mata benda(keasedapan) penipuan jua...
DSC00084skylines
Kebencian atau kemarahan Agama.
Bukanlah yang menjadi kebencian atau kemaharahan Agama itu kepada tubuh atau diri kebendaan dunia tetapi apa yang dimarahkan itu ialah pergantungan hati dan nafsu anggota kepada permainan olok olok kebendaan dan penipuan dunia hingga menyebabkan hati berselaput dan terkatup dari menyedari Allah dan dari mushadah Allah Suhanuhu Wataala dan dengan sebab itu lupa lalai daripada tanggungjawab sebagai hamba Allah (Ubudiah) yang hidup dimuka bumi kurniaan Allah.
 
DSC00279
Jika falsafah perjuangan hidup ialah kebendaan dunia tanpa kerohanian ia seumpama semata mata memenuhi isi perut dengan najis pagi dan petang dan untuk mengemukkan badan badan kasar yang akan menjadi sarapan ulat dalanm kubur selain daripada menjamu betul betul kepuasan hawa nafsu.
Nilai hidup sebegini sama dengan apa yang keluar daripada dubur. Inilah makna kehidupan dunia tertipu dan sesat jalan ..
Disediakan untuk neraka jahanam kebanyakan antara jin dan manusia yang mereka berjantung hati tetapi tidak mengerti. Mereka bermata tetapi tidak melihat, mereka bertelinga tetapi tidak mendengar, mereka itulah seperti binatang bahkan lebih sesat lagi daripadanya dan mereka itulah orang orang yang lalai ..
Amalan yang soleh soleh itulah lebih baik disisi tuhan engkau pada segi pahala dan asas pengharapan..
Apa lagi yang dimaksudkan dengan dunia yang menjadi kebencian atau kemarahan Agama itu?
Jawabnya tiada lain melainkan ialah nafsu yang hendak menujukkan sifat sifat biadab terhadap tuhan dalam pergaulan sosial atau muamalah dunia; nafsu yang hendak membolot seorang, kekayaan dunia; nafsu yang sentiasa mahu kesenangan diri ; nafsu yang mahu hidup dengan menipu orang, nafsu yang tidak mengasihi orang, nafsu yang suka menggunakan kuasa untuk menindas orang lain sampai jadi melarat; nafsu yang suka menunjukkan kebesaran dan kemegahan diri; nafsu yang tidak takut kepada Allah tetapi lebih takut kepada hantu; nafsu yang malas beribadat; nafsu yang lalai kepada Allah; nafsu yang mahu makan minum dan tidur sahaja dalam seluruh tujuan hidup, nafsu yang tamak kepada dunia dan bakhil menolong orang; nafsu suka menghina orang; nafsu berniat jahat dan khianat kepada Allah; nafsu suka kepada permainan, kekayaan dunia dan melalikan hati kepada Allah, nafsu menyumpah kepada Allah bila terkena bala'.
Kesimpulannya yang menjadi sasaran kemarahan kebencian Agama ialah meridhakan nafsu dunia kerana segala angkara dunia tidak akan berlaku melainkan kerana ridhakan kepada nafsu, dan kerana itu bukan sedikit manusia terjatuh pangkat dan kebesaran kerana nafsu dan kerajaan besar jatuh atau hancur akibat nafsu.
Pedek kata kerana nafsulah dijadikan syurga, neraka diakhirat, dan kerana nafsu juga diciptakan kebanyakan hukum, denda, penjara didunia dan kerana nafsu juga datangnya agama dan rasul rasul kedunia. Dengan itu apakah falsafah kemajuan berasas nafsu dianggap baik?
Bagaimanapun menurut syriaat bukanlah termasuk dalam maksud dunia yang disebut itu ilmu kemajuan sains dan teknologi jika ia berdasrkan kepada kerohanian atau untuk mencapai keridhaan Allah. Bukan pula yang dilarang jika dianggap harta benda yang dipegang sebagai amanah Allah malah seluruh kekayaan dunia ini ialah amanah Allah. Oleh itu ambillah amanah ini sebagai alat sementara untuk menghidupkan badan kasar yang menjadi sarang bagi roh. Sedangkan sekelian roh ketika ditumpukan kesarang sarang badan kasar ini adalah bertujuan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah sebagai bekalan akhirat.
Berkepanjangan memperhambakan diri kepada Allah dan berkekalan hadir beserta Allah. Itulah satu satunya kaedah yang boleh memelihara diri daripada pengaruh yang membawa manusia kejurang kehinaan dunia dan akhirat. Pengaruh yang dimaksudkan ialah Syaitan, Iblis, pengaruh jahil dan lalai,
Pengaruh hawa yang pantang kerendahan dan nafsu yang pantang kekurangan, penyakit munafik dan pengaruh dunia dan apa yang ada padanya dan sabda Nabi Muhammad SAW " kasih akan dunia kepala segala kejahatan". Dan lagi sabda Baginda, " Dunia terkutuk segala apa apa yang ada padanya, hanya yang tiada terkutuk barang yang dituntut dengan dianya kerana Allah Taala.
Dunia dalan hadis hadis tersebut bermaksud dunia yang tidak menolong untuk akhirat.
Wahai anaknda dan Cucunda zaman berzaman!
Dunia dalam kehidupan manusia beragama ada dua: iaitu Dunia untuk dunia ; Dunia untuk akhirat.
Diibaratkn setengah ahli ilmu bahawa dunia ini sebagai hidup dalam lingkungan getah yang cair.Jika kita tidak tahu akan ubat supaya jangan dilekat getah tak daptlah kita bergerak barang sedikitpun.
Getah itu melekat ke tubuh kita sedikit demi sedikit lama lama habis seluruh batang tubuh kita dibaluti yakni di dibungkusnya atau dipalitnya. Demikianlah ibarat kita hidup dalam dunia ini. Dari itu maka mati hati kita selalu dalam gelap dan buta tak dapat menempuh ke medan tauhid apakan lagi memandangnya. Mata hati kita telah ditutup oleh awan kasih kepada dunia. Dari sehari kesehari hati kita bertambah gelap juga, sebagai mata teropong yang telah kabur dek kerana banyak habuk habuknya.Untuk membrsihkan mata hati yang telah ditutup oleh getah kasih kepada dunia ialah bekerja kerana Allah atau dengan zikirullah.
Ingatlah!!   Wahai anaknda dan cucunda zaman berazaman
      Barangsiapa yang didunia ini yang sebesar besar cita cita nya tidak ada daripada Allah sesuatu apa pun, menetaplah Allah pada hatinya empat perkara..
i)cita cita nya yang tidak putus daripadanya selama lamnya.
ii) kebimbangan yang tidak akan selesai disisinya selama lamanya.
iii)kemiskinan yang tidak akan menyampaikan kehendaknya selama lamanya.
iv) angan angan yang tidak akan sampai kepada kesudahannya selama lamanya.
    Kasih kepada dunia yang tercela melupakan hari kiamat dan membawa panjang angan angan. Sifat sifat angan angan tak ubahnya sebagai seorang tukang khutbah yang selalu berpidato dalam hati. Disebabkan panjang angan angan itu hilang sifat berterima kasih kepada Allah. Sesudah hilang sifat berterima kasih kepada Allah bangkitlah sifat sifat kekafiran.

Friday, December 30, 2011

Menyesuaikan diri pada kerenah alam

design

 

Kita memasuki tahun 2012, dan bagaimana kita mengharungi kehidupan seharian pada masa mendatang setelah dilanda pelbagai kontroversi pada 2011. Apapun boleh terjadi yang tidak pernah terlintas sebelum ini. Kita rasai hempedu yang sangat pahit pada 2011 dan sangat mengharukan. Tidak anih lagi penduduk dunia menjerit mahu apa saja atas nama kebebasan. Itulah yang dianggap syurga dunia. Juga tidak anih tata laku dan laku rasa tidak ada pemantauan menular dikalangan rakyat Malaysia. Hasrat kita mencorakkan negara makmur tetapi mendapat keampunan tuhan. Inilah yang diamanahkan kepada para pemimpin masa depan. Yang terlanjor tidak ada keampunan melainkan mengharap sangat dengan rayuan taubat yang nenar benar difahami.

Faktor faktor untuk mencapai tujuan negara makmur yang di ampuni dan diberkati tidak semudah teori politik kerana tata caranya dipudarkan dengan amalan kejahilan yang tidak menyedari pentingnya sifat sifat pembangunan rohani dalam kehidupan manusia.

Perihal Syurga Dunia dan dimensi pemikiran.

Kita sering mendengar adanya Syurga Dunia. Mari kita fikir fikir mengenainya. Pelbagai macam tafsiran boleh dirumuskan. Jika diambil pada kata kata ia bermakna apa saja yang menyenang, menyeronok atau idaman yang sangat sangat dihajati didunia. Syurga pada umumnya dikaitkan dengan cerita atau khabar mengenai pembalasan yang jauh lebih selesa dan lebih enak daripada yang kita alami di dunia. Diibaratkan nikmat didunia hanya satu peratus dan 99 peratus lagi pada penghidupan abadi selepas mati sebagai ganjaran amalan. Wujud pelbagai bayangan syurga dalam fikiran kita ? Dan ini semua belum tentu benar sebelum kita benar benar dapat sampai ke sana. Apakah syurga di dunia itu boleh diperolehi ? Boleh jadi orang miskin mengatakan syurga ialah mempunyai banyak kekayaan tetapi disebalik lembah kekayaan itu ada bermacam macam kesusahan.Nikmat kekayaan adalah sementara kerana boleh berlaku bencana alam atau sebab lain yang memusnahkan segala kemewahan. Bagi anak-anak muda syurga bagi mereka ialah teluk percintaan tetapi disebaliknya ramai yang bergelempangan mati dalam lautan darah hawa nafsu. Bagi seorang anak yang belum dewasa dikatakan syurga dunia ialah mendapat kebebasan dan kemerdekaan hidup tetapi disebaliknya pula ada bermacam macam undang undang hidup yang perlu dipatuhi dan menghancurkan hati. Jika ditanya orang yang sedang sakit syurga dunia baginya ialah puncak kesihatan. Tetapi disebalik kesihatan ada lagi bermacam macam penderitaan. Dengan demikian yang dimaksud dengan syurga dunia adakah syurga dalam batin hati iaitu syurga yang tersembunyi tidak dapat dilihat dengan mata kepala hanya dapat dirasa dengan perasaan? Untuk menjam najam pemikiran kita tinjau beberapa banyak dalil pada firman dan hadis berkaitan yang boleh ditanyakan kepada orang orang yang Arif lagi Mengarifkan. Mereka dikatakan

melihat konsep syurga dengan pengelihatan iman dan yakin yang tidak boleh diragukan. Bagi mereka syurga dunia ialah sejuk mata hati dalam tuangan air pengenalan.

Apa lah ada pada pemandangan,

kalau buta dalam pengelihatan

Dibutakan oleh fikiran, kehendak dan perasaan.

Lidah yang menyebut kata indah dan lunak tanpa batas tak bertapisan.

Memapar segala macam laku rasa

Semuanya didorong dari lubuk tak berwadah.

Nyahkan kotak kotak sarap,

supaya dapat berpindah dan menetap kepada diri terperi.

Terangikan trowong perjalanan berliku dan bertingkat,

penuh berselirat jerangkap bersembunyi.

Tumbuh segar lah bibit keikhlasan dalam kamar kamar lukisan.

Terpahat maqam berahi atas dasar tahu dan mengenal.

Mengusulnya qalam tinta kasih abadi.

Lalu ingin dengari kicauan kalimah berakidah,

Untuk berfaham dan beramal

Thursday, October 20, 2011

Penelitian dalam kembara.





Sejahtera dan Rahmat berkepanjangan selama kita bersilatur Rahim.

Dengarkan Jeritan Batin.
Kita mendengar dan diingati dengan banyak kata sakti dari dahulu, sekarang dan akan datang perihal menjauhi  mengikuti Iblis dan Syaitan. Qalam mengguris sesungguhnya itu musuh musuh kita.
Adakah ia akan tinggal dengan kata kata sahaja?
Sudah diberitahu dan diberitahu, tidak guna kita kutuki syaitan dan iblis dan tidak guna kita sesali Allah mengapa Allah menjadikan iblis syaitan. Tetapi berselindunglah kepada Allah dari segala perdayaan syaitan, yakni berselindung kepada Allah iaitu ingat kepada Allah.
Itulah diingatkan!...
Kalau takut digigit anjing yang garang hampirilah yang punya anjing supaya yang punya anjing mengusir anjingnya.
Itu juga telah dipesankan!...
Lihatlah disekeliling kita, dimana banyak nyamuk, disitu orang pandai membuat kelambu. Dimana ramai pencuri disitu ramai orang pandai membuat rumah yang kukuh.
Apabila dicpta iblis dengan jutaan tipudayanya, manusia dididik supaya tetap mengingati Allah. Dengan kasih sayang Allah juga kita berselindung daripada syaitan yang kena rejam.
Sesiapa yang masuk benteng Allah atau ingat akan Allah, maka Allah akan melindungi orang itu daripada perdayaan syaitan dan iblis dan hawa nafsu yang kotor dan jahat yang menjadi tunggangan musuh musuh kita itu.
Hawa nafsu asalnya baik iaitu alat untuk memikirkan kesyukuran dan kesucian dan sentiasa berkehendak kepada PenciptaNya. Telah dikhabarkan, mereka yang mengerjakan zikirullah itu Insya' Allah akan bersih hawa nafsunya lalu terbuka dinding antaranya dengan Allah dan orang itu akan mendapat syurga dunia dan syurga akhirat.
Kita suka menyebut nama Allah kerana kita kasihkanNya. Kalau benci menyebut namanya, itu tanda benci kepadaNya.

Ingat kita kepada Allah
Moga naik ke taraf hamba
Jika lah lupa kepada Allah
makanan syaitan iblis durjana.
 
Iktibar kerbau ditengah sawah
Saban hari berendam air
Jika tidak menyelam kebawah
Digigit nyamuk lalat menyusur.
 
Begitu juga cerita kita
Menyelam dalam lautan makrifah
Semoga berhadap  pada Yang Esa
Tak daya syaitan iblis menerjah.
 
Lupa sahaja kita kepadaNya
Tidak berzikir memikir nikmatNya
Kepada syaitan Iblis lah habuannya
Seperti kambing dan keledai ditungganginya.
 
Bak kambing lari dari kumpulan
Unta lari dari tuannya
Dibaham serigala  banyak berkeliaran
Hilang panduan sesatlah jawabnya.
 
Turun surah kepada junjungan
Lalu dibaca pada umatnya
Surah Annas jadikan amalan
Berlindung manusia kepada penciptaNya
 
Dalam lipatan hati kita
Syaitan si Khannas tetap bersembunyi
Kepda Allah lalai dan lupa
Berbisiklah syaitan berbagai janji
 
Syaitan bekerja tidak berhenti
Menarik dan membisik rupa kejahatan
Meletak belalai menghisap hati
Mencari jalan memperdaya insan
 
Bangsa Iblis bangsa Syaitan
Bukan taulan bukan sahabat
Sangat sombong kepada tuhan
Nak bawa kita keneraka setempat.
 
Tak tunduk pada nabi Adam
Lagi pula kepada kuburnya
Iblis laknat sentiasa berdendam
Allah sahaja Rahmat dan Pelindungnya

Tuesday, September 6, 2011

Sya’ban, Ramadhan dan Syawal

mesjid

Perihal balik kampung bekalan dalam perjalanan

Hari ini hari Rabu, Syawal yang kesembilan. Suasana takbir masih segar.

Ramadhan.1432 .TiraiMu berlalu. Dapatkah kami menikmati lagi syahdu dan ketenangannya tahun depan.

Setelah beralu Rejab, Syaaban pula berlalu. Apakah Ramadhan yang lalu dapat dimanfaatkan sebaik baiknya? Semoga berkahlah Ramadhan satu kurnia daripada beberapa kurniaanMu Ya Rabbul Jalil.

Imsak pintu masuk kita mula berhadap dan beradab selain berlapar dahaga telah dilalui. Imsak yang telah mengajak insan mempertahan seluruh jiwa raga berhenti daripada apa jua keinginan selain ingin sangat sangat mendekatkan diri menjadi insan yang disayangi dan dikasihi Yang Maha Mencipta.

Ya Rabbi, yang memiliki dan mentadbir sekelian alam... kami terus mengharap dan memohon agar puasa kami diberkati. Salawat dan Salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Kami telah menikmati sentuhan rasa air sejuk, secebis manisan kurma, buah buahan. Semoga apa yang diamalkan di bulan Mubarak itu sesuai dengan sulaman doa Ya Allah..Bagi Engkau kami berpuasa, dengan berpuasa kami aman tenteram dan atas kurnia rezki Engkau kami berbuka.

Sepanjang Ramadhan sehingga masuk Syawal ada yang masih bersama keluarga dan ada pula yang sudah kembali dalam permusafiran ke kampung akhirat . Ada juga saudara mara kita telah pergi terlebih dahulu sebelum atau pada bulan Ramadhan yang pada malamnya pintu pintu langit terbuka bersama pintu pintu rahmat..Kami semua memohon keampunan dan kesejahteraan untuk diri dan keluarga sempena I'dilfitri.

Semoga kami di beri rahmat untuk menyediakan bekalan sebelum berangkat ke kampung akhirat. Yang jadi bekalan , amal ibadat yang disahajakan kerana Allah dengan cuba sedaya upaya melakukan suruhanNya dan manjauhi laranganNya. Kami budakMu yang selalu berhajat kepadaMu. Jika kami akan mulia jadilah kami mulia dan jika dijadikan hina jadilah kami orang yang hina. Memang benar masuk syurga atau neraka itu bukan urusan kita, tetapi tentulah janji Allah benar bahawa sesiapa yang mengerjakan pekerjaan yang baik baik asal mereka beriman akan dimasukkan kedalam syurga dan mereka didalamnya akan dapat rezki yang tidak terhingga banyaknya. Anak-anak dan cucu-cucu ketika ini ramai masih muda tetapi ajal manusia tidak tentu datangnya. Ajal tidak terlambat barang sesaat dan tidak terdahulu barang sesaat. Apabila tidak mengerjakan taat ketika muda, akan bertangan hampa dan pulang kekampung akhirat dengan merugi . Semua orang kalau tak pergi lebih awal akan berjumpa tua. Ketika tua susah mengerjakan taat sebab badan telah lemah, mata telah rabun, telinga telah pekak. Terlalu sangat susahnya lagi kalau tua itu berpenyakit pula.

Memang kita bersyukur masih ramai bijakpandai Islam memberi nasihat mengenai bekalan keakhirat dan ada juga yang mengatakan bahawa sebaik baik bekalan ialah taqwa yang juga diertikan sebagai mengerjakan suruh Allah dan menghentikan laranganNya. Kalau sudah dapat berbuat demikian dari awal awal lagi tepatlah dikatakan;

Dari Kecil terinja inja

Besar terbawa bawa

Sampai mati menjadi perangai.

Semoga terkumpul dan hidup kebiasaan kita dari kecil menyebut nama dan mencintai Allah sehingga ahkir hayat kita.

Dan mati dalam ingat kepada Allah adalah mati yang sangat sangat dihajati. Telah dicitrakan doa Rasullullah SAW ketika hampir hampir baginda wafat.

Ya Allah sudahilah bagi Engkau bagi kesudahan mati kami dengan sebaik baik kesudahan dan janganlah Engkau sudahi mati kami dengan sejahat jahat kesudahan.

Telah juga sampai ingatan kepada kita supaya banyak banyak menghayati doa ini;

Ya Allah, mudahkan atas kami pada ketika kesakitan waktu akan mati, dan beri berkatlah bagiku pada ketika akan mati dan pada ketika sesudah mati.

Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan Salam I'dilfitri.

finalkad

Friday, July 8, 2011

Memelihara Peradaban.

 

IMG_0072

Peradaban dan Menjunjung hidup beragama.

Tujuh Syaaban 1432 bersamaan 9 Julai 2011.

Gegak gempita sebelum saat saat yang dianggap keramat bagi sesetengah rakyat di negara Malaysia yang tercinta ini mungkin mendebarkan. Ini benar bagi orang orang lemah jantung.Tapi ramai disana yang menganggap diri mereka pahlawan. Di deretan dan celah celah bagunan, baik yang cerah dan usang, baik yang rendah dan menara yang tinggi, di dalam dan diluar kediaman, marhein dan bangsawan bercakap dan mewar-war segala ceritera ehwal semasa. Apa yang diperjuangkan, mereka saja yang tahu dan yakin.

Disaat saat mentari menggalah beredar untuk menegak dari timur ke barat, dan beredar lagi sebelum terbenam, keadaan lokasi lingkungan sejarah menjadi tandatanya. Bagi bukan pahlawan kuning atau merah atau biru mereka menatap dada akhbar, melayari dan melayan kerenah kalam di muka buku.

Bagi penulis hanya ingin melihat negara makmur dan sejahtera, dan mahu melihat anak bangsa tak mensia siakan masa, tenaga dan harta benda.

Oh! Lihatlah betapa jalor gemilang , kuning, merah dan biru menunggak di dataran. Melambai tenang dan warna putih bersih mengiring bersama. Tuntunya ada riak dan berombak. Keamanan dan kemakmuran kadang kadang tidak selari dengan keadilan. Yang Maha Adil itu bukanlah makhluk yang masih bergelumang dengan kekotoran. Yang nak dibersihkan tentulah hati yang penuh dengan sifat sifat mazmumah agar ada tata susila menjunjung hidup beragama.

Tahun 1860an dan 1870an. Negeri negeri Melayu di Semenanjung dalam keadaan kacau bilau. Pergaduhan pergaduhan kogsi gelap cina , rebutan tahta dan perang saudara. Tidak terdapat kerajaan pusat yang boleh mengawal negeri negeri menyebabkan tiap tiap negeri mempuyai identiti politik sendiri. pembesar yang mepunyai kawasan tertentu atau mendapat kuasa otonomi berusaha mengekal kedudukan, mencari pengaruh dan akhirnya mencabar kedudukan Sultan. Faktor rusuhan inilah satu daripada beberapa sebab berjayanya campurtangan British di tanah Melayu.

Rusuhan kaum di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei 1969 berpunca dari sikap angkuh, sombong, gila kuasa, perbuatan menghina kaum lain dan lupa diri

sesetengah pemimpin dan penyokong selepas pilihanraya tahun 1969. Maka mengalirlah darah bercampur baur.

Empat puluh dua tahun berlalu, hingga kehari ini jatuh bangun dan tumbang anak bangsa. Tak akan berakhir disini ??

Adakah sudah menjadi satu budaya di Malaysia, penuh dengan muslihat dan penipuan ? Lihat saja laporan ini..

Bernama nafi hantar SMS mengenai pembubaran Parlimen

09/07/2011

KUALA LUMPUR 9 Julai – Bernama hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata: “Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka.”

"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini

(Petikan internet)

IMG_010215/7/2001

ANTARA KENANGAN DAN AIR MATA  dan  DI AMBANG SENJA

Selepas lebih setengah abad berlalu baru lah saya sedar betapa kata kata pujangga orang dahulu kala boleh memberi kesan yang amat mendalam. Cuma kita perlu menghayati segala ayat satu persatu dan mengambil iktibar daripadanya dan berdoa semoga kita dihidangi santapan rohaniah yang indah lagi bersuloh.

MENDIDIK DIRI DAN MENDIDIK ANAK-ANAK.

anaknostalgia

Pesan orang tua….

Muliakan anak cucu dan  jaga dan pelihara akan mereka dan baikkan adab anak anak itu serta diajar mereka berperangai, bertabiat berkelakuan yang baik dengan mengelokkan tabiat kelakuan mereka.

Kemudian kita

membesarkan anak- anak,, melihat cucu- cucu membesar.

06072011172DSCN301920062011092-001skkarikatur

Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibu ibu kamu dengan tidak mengetahui sesuatu dan di jadikan bagi kamu pendengaran dan pengelihatan dan hati supaya kamu berterima kasih. 16.79 AlQuran

Bijakpandai Islam lalu memberi tekanan betapa penting pendengaran telinga dan pengelihatan mata dan satu anggota dalam iaitu hati-  punca mendapat hidayah pengetahuan dan kepandaian. Baik hati baik semuanya.